Showing posts with label berita usahawan. Show all posts
Showing posts with label berita usahawan. Show all posts

Dapatkan GERAN MSC Malaysia Cloud Computing yang bernilai RM750 dengan melanggan kedai online di My1STOP.com.my

Monday, September 8, 2014


Geran ini merupakan inisiatif di bawah SME Cloud Computing Adoption Programme di bawah Digital Malaysia (DM), Shared Cloud Enterprise Services (SCES). Dagang Net Technologies Sdn Bhd merupakan penyedia sistem sah/authorized solution provider, iaitu My1STOP.com.my bagi projek ini. Klik untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini.

Apa Yang Anda Dapat?

Anda mendapat kedai online yang dilengkapi dengan:-
  • Sistem pengurusan kedai online
  • Sistem pengurusan katalog yg memuatkan maksima 1,000 ruang produk + kategori TANPA HAD
  • Sistem pengurusan tempahan online
  • Sistem shopping cart
  • Sistem pembayaran online PayPal Express Checkout
  • Sistem pemasaran online untuk blog, email, dan laman web
  • Sistem "Suggest Products to Customers"
  • Aplikasi Kedai Facebook
  • Integrasi pemasaran media sosial spt Facebook, Twitter dan Google
  • Borang Maklumbalas Online
  • Subdomain spt http://KedaiAnda.my1stop.com.my
  • Search Engine Optimization (SEO)
  • Statistik jualan
  • Statistik trafik

Produk-produk anda juga akan dipamerkan di online shopping mall My1STOP.com.my.

Anda juga akan mendapat FREE gift bernilai RM50.

Tempoh langganan kedai online anda adalah selama 13 bulan.

Untuk maklumat lanjut juga proses mendapatkan geran ini, sila ke http://www.my1stop.com.my/about/my1stop/?p=geran-msc

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

Monday, August 2, 2010

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.


"Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

"Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.-Bernama
 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More