MY1STOP V2 WORKSHOP #3

Monday, June 7, 2010


SABTU 5hb JUN 2010- My1Stop telah mengadakan bengkel kepada para peniaga samada yang telah berdaftar mahupun masih belum berdaftar tentang cara-cara untuk menggunakan platform My1Stop dalam memajukan perniagaan mereka. Bengkel ini merupakan yang ke-3 yang telah dijalankan pada tahun ini.Bengkel yang pertama telah dijalankan pada 20hb Mac 2010,manakala bengkel yang ke-2 pada 24hb 4 2010. Bengkel ini bermula sekitar jam 11pagi dan berakhir sekitar jam 3petang. Motif utama diadakan bengkel seperti ini adalah bertujuan untuk mengajar cara menggunakan platform My1Stop dengan sebaik mungkin. Selain itu bengkel ini juga dapat merapatkan hubungan antara crew My1Stop dengan peniaga-peniaga yang selama ini hanya berkomunikasi secara online. 

Bengkel ini dimulakan dengan bahagian pertama iaitu sedikit penerangan berkaitan My1Stop yang disampaikan oleh Co-Founder/CEO, Encik Dzulfadhli Bin Zainal Abidin. Penerangan seterusnya iaitu bahagian kedua disampaikan oleh krew Sarah dan krew Hajar yang turut dibantu oleh krew Rozwin serta krew Hazry. Antara topik yang dijelaskan pada bahagian ini ialah tentang cara-cara untuk meningkatkan sales menerusi marketing tools yang disediakan termasuk cara-cara menggunakan tools My1Stop untuk para peniaga mempromosikan perniagaan mereka di facebook,twitter,buzz,forum,blog,email dan berbagai-bagai lagi social network yang lain. Bengkel ini dihadiri oleh Encik Sharizal Azali dari Chaoz Craze Encik Nik Jailani dari Monavie Malaysia Mall,Cik Halizawati dan Puan Suriati dari LSA Enterprise.







Gambar sekitar My1Stop V2 Workshop #1 dan #2











No comments:

Post a Comment

 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More