MY1STOP V2 WORKSHOP #5 & NETWORK @ TUAN RUMAH

Wednesday, November 10, 2010

  Sabtu 6 Nov 2010 - Bertempat di HQ My1Stop sekali lagi diadakan WorkshopV2 kali ke-5 untuk membantu para usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan menggunakan platfom My1Stop. Para usahawan / peserta akan diajar tentang cara-cara untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan secara bijak dengan bantuan sepenuhnya oleh para crew My1Stop. Dengan cara ini para peserta akan lebih memahami tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebaik sahaja berdaftar dengan My1Stop.. My1stop adalah platfom yang terbaik untuk para usahawan mengembangkan lagi pasaran perniagaan mereka. Ini kerana My1Stop bukan sahaja menyediakan tempat untuk mempamerkan produk malah mereka juga boleh membuat marketing daripada web My1Stop itu sendiri. Misalnya anda tidak perlu untuk meng-copy dan paste link pada facebook anda tetapi button SHARE ke facebook telah disediakan untuk memudahkan marketing anda. Bukan itu sahaja, bermacam-macam button lain lagi seperti button TWEET, LIKE dan lain-lain yang akan dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan anda. Selain itu, My1Stop juga menyediakan kemudahan pembayaran secara online samada menggunakan credit card ataupun online banking yang sememangnya dapat memudahkan proses pembayaran. 







Pada sebelah petang pula adalah sesi NETWORK @ TUAN RUMAH yang dikelolakan oleh Cik Mimi Salleh dari Majalah Usahawan Sukses. Sesi ini adalah bertujuan untuk saling mengenali antara usahawan dengan usahawan yang berlainan perniagaan yang mungkin akan dapat di offer sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. 





















3 comments

  1. Event yg mesra-keluarga ... siap ada bilik khas utk anak2 crew & peserta bermain bersama :) Harap peserta semua enjoy sebagaimana crew sume & benefit from the event. TY to Cik Mimi for the excellent networking session. InsyaAllah better biz for all.

    ReplyDelete
  2. wah.. buleh bawa baby ker.... kalau gitu next time leh la bawa baby... er.. babysitter provided tak? eheheheh

    ReplyDelete
  3. Puan aiDa, boleh aje bawa baby ... akak2, abang2, aunty2 & uncle2 boleh tengok2kan :D Kalau ada yg meragam, ada Crew yang boleh attend utk private session.

    ReplyDelete

 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More