MY1STOP V2 WORKSHOP #5 & NETWORK @ TUAN RUMAH

Wednesday, November 10, 2010

  Sabtu 6 Nov 2010 - Bertempat di HQ My1Stop sekali lagi diadakan WorkshopV2 kali ke-5 untuk membantu para usahawan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan menggunakan platfom My1Stop. Para usahawan / peserta akan diajar tentang cara-cara untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan secara bijak dengan bantuan sepenuhnya oleh para crew My1Stop. Dengan cara ini para peserta akan lebih memahami tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan sebaik sahaja berdaftar dengan My1Stop.. My1stop adalah platfom yang terbaik untuk para usahawan mengembangkan lagi pasaran perniagaan mereka. Ini kerana My1Stop bukan sahaja menyediakan tempat untuk mempamerkan produk malah mereka juga boleh membuat marketing daripada web My1Stop itu sendiri. Misalnya anda tidak perlu untuk meng-copy dan paste link pada facebook anda tetapi button SHARE ke facebook telah disediakan untuk memudahkan marketing anda. Bukan itu sahaja, bermacam-macam button lain lagi seperti button TWEET, LIKE dan lain-lain yang akan dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan anda. Selain itu, My1Stop juga menyediakan kemudahan pembayaran secara online samada menggunakan credit card ataupun online banking yang sememangnya dapat memudahkan proses pembayaran. 







Pada sebelah petang pula adalah sesi NETWORK @ TUAN RUMAH yang dikelolakan oleh Cik Mimi Salleh dari Majalah Usahawan Sukses. Sesi ini adalah bertujuan untuk saling mengenali antara usahawan dengan usahawan yang berlainan perniagaan yang mungkin akan dapat di offer sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. 





















My1Stop Workshop #5 and Network @ Tuan Rumah

Tuesday, November 2, 2010

My1Stop Virtual Shopping Mall cordially invite all entrepreneurs and entrepreneur-to-be to My1Stop v2 Workshop #5 and Networking @ Tuan Rumah:

Date: Saturday, 6 Nov 2010
Time: 10:00am
Location: My1Stop HQ, 20C, Level 3, Jalan SS 19/1D, SS19, Subang Jaya, Selangor. [ view map ]


AGENDA

10.00 am

- Registration of participants
- Opening speech by the CEO & Co-Founder of My1Stop.my
- Participants will be divided into 2 groups; (1) New Members or Non-Members into the Seminar Room, and (2) Current Members into the Workshop Area.

10.30 am

SEMINAR (New/Non-Members)

Hands-on guide on how to start selling through your e-store, e.g. how to add, edit, remove, categorize items, payment & delivery settings.

WORKSHOP (Current Members)

Hands-on guide on how to use more advanced e-store features, including how to use e-store online marketing tools and how to improve SEO to boost business.

1.30 noon

LUNCH-BREAK

2.30 pm

NETWORK @ TUAN RUMAH (All participants)

Segment conducted by Mimi Salleh of Majalah Usahawan Sukses.


What is Network @ Tuan Rumah?

It is a networking session organized by Majalah Usahawan Sukses, the first entrepreneurial magazine in Malaysia. During this event, participants will have the opportunity to introduce themselves, their business and what they can offer to other participants.

You are encouraged to bring the following:

- Your own laptop for your own convenience for the seminar and workshop
- Your business card, fliers, product sample (if any) for the networking session

Fees: RM10 per person
Open to all, members and non-members

To make reservation, click the following link:

My1Stop Workshop 5

Multiple Item Photos & SlideShow

Sunday, October 31, 2010

We have a great news for our sellers!

Now you can upload more item photos that will form a pop-up slideshow. Upload item's side view, rear view, zoom of details, inner view, etc. The pop-up slideshow will display a larger-sized photo and can be clicked to show next images. What better way to satisfy your customers than to aid them visually to better know about your products or services.



While you can upload up to 5 slideshow images on top of the item's main image, you can still upload & insert unlimited images in the item's description area. Sellers can always remove or change any of these slideshow images with their e-store admin access.

We hope for better online shopping experience for all our sellers' customers and better business for all our sellers.

We thank sellers of AFNAINI E-STORE and FizBiz E-Shop for this feature request :)

Bagaimana Perbaiki SEO Perniagaan Online Anda Dengan My1Stop

Sunday, October 3, 2010

Apa Itu SEO? Mengapa SEO penting untuk perniagaan online anda? Bagaimana My1Stop telah membantu SEO kedai-kedai online di My1Stop Virtual Shopping Mall dan bagaimana My1Stop boleh membantu SEO perniagaan anda sendiri? Jika anda berminat untuk pancing pengguna internet di luar lingkungan capaian anda yang sedia ada ... baca artikel ini sehingga selesai!


Secara ringkasnya, Search Engine Optimization (SEO) merujuk kepada teknik menjadikan sesuatu halaman web mudah dijumpai dan disenaraikan oleh enjin carian seperti Google dan Yahoo. Hakikatnya, jika anda sekadar mengharapkan promosi sendiri terhadap URL anda, anda hanya dapat capai pasaran di sekitar anda sahaja. Rugi! Apalah gunanya memiliki 'kewujudan di internet' jika anda masih memancing pelanggan sekeliling sahaja sebagaimana yang boleh dicapai menerusi perniagaan fizikal anda. Anda perlu memancing pelanggan yang mencari produk atau perkhidmatan anda tetapi di luar radius anda! Bagaimana? Antara kaedah yang terbukti mujarab, pastinya SEO!

Untuk SEO bagi blogshop, anda perlu pastikan anda semak settings blog - jika blogspot, di Settings > Basic > 'Let search engines find your blog?', pilih 'Yes'. Jika berniaga di Facebook, secara semulajadinya maklumat di Facebook mudah dijejak enjin carian. Namun begitu, baik berniaga di blog mahupun di Facebook tidak memberikan anda fasiliti perniagaan online yang ultimate - tiada shopping cart, sistem pembayaran online, sistem urus katalog dan tempahan/pelanggan yang dinamik. Adakah anda ingin menghadkan pasaran anda kepada dalam negara dan pelanggan yang selesa 'membeli-belah' di Facebook & blog sahaja? Adakah anda tidak berminat menguruskan perniagaan online secara dinamik? Jika ia tidak benar, maka anda memerlukan fasiliti e-dagang dan yang penting, ianya dilengkapi SEO!

Sudah mempunyai ruang niaga e-dagang sendiri tetapi kurang pasti samada ia dilengkapi SEO? Pastikan!

Teknik SEO ini sendiri berubah dengan masa. Google misalnya tidak lagi banyak bergantung kepada senarai keyword di dalam meta tag semata-mata tetapi kini mengambilkira faktor geo-lokasi, backlink (Google bijak mengesan antara backlink semulajadi & yang 'diada2kan' bertujuan meningkatkan SEO semata-mata), bounce-rate, speed laman anda, social media optimization, dan macam-macam lagi. SEO ini memerlukan aplikasi pelbagai teknik serentak yang perlu dikemaskini dari masa semasa. Jalan ringkas untuk memiliki fasiliti e-dagang yang turut dilengkapi dengan SEO, ialah dengan berniaga di online marketplace yang telah terbukti menyenaraikan kedai online peniaga di laman-laman pertama Google dan Yahoo Search.

My1Stop Virtual Shopping Mall, misalnya merupakan online marketplace yang turut melengkapkan setiap e-store peniaganya dengan SEO yang dikemaskini dari masa semasa. My1Stop turut melakukan SEO untuk mall itu sendiri bagi menambah potential customer kepada semua peniaga (cuba search “top online shopping mall” di Google Malaysia (google.com.my), anda akan lihat bagaimana My1Stop tersenarai di #2 di dalam senarai lebih 8,970,000 keputusan link).

Lihat pula kebarangkalian kedai peniaga di My1Stop muncul di laman pertama carian Google. Katalah anda mencari “top tudung labuh online shop” di Google.com.my, anda akan menemui Beautiful Tudung di #1 daripada lebih 65 ribu keputusan. Bagaimana pula dengan carian di Google.com sendiri? Cuba dan anda akan mendapati Beautiful Tudung masih muncul di laman pertama! Cuba search “trendy tudung labuh online” di Google.com ... anda akan masih lihat Beautiful Tudung muncul otai di dalam keputusan carian tersebut.


Bagaimana jika anda mencari sesuatu produk beserta lokasi, misalnya “vibram shoes sungai petani”, lihat bagaimana kedai pakej PERCUMA My1Stop juga boleh dijumpai di #1 Google.com.my. Terlalu terperinci? Cuba “vibram shoes malaysia” ... e-store Vibramshoes masih mampu bersaing dengan muncul di laman kedua Google.com.my.

Bagaimana dengan carian untuk keyword Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris? Cuba “nicogel – farmasi online” di Google.com.my dan cuba pula “nicogel – pharmacy online” di Google.com ... kedua-duanya menyenaraikan e-Farmasi di laman pertama dengan #1 drp 2 lebih ribu keputusan di Google.com.my dan #1 drp lebih 25 ribu keputusan di Google.com!


Lihat lagi snapshot carian yang membawa kepada penyenaraian kedai2 online di My1Stop:

Smartneasy Biz di #1 drp 35,400 keputusan utk "teh tarik susu kambing"

Chaoz Craze di #1 drp 12,600 keputusan utk "koleksi sedondon t-shirt muslimah online"

FizBiz E-Shop di #1 drp 11,600 keputusan utk "latest tudung maira online"

Anda telahpun lihat bagaimana SEO My1Stop telah membantu meningkatkan kebarangkalian perniagaan online peniaga muncul awal di Google. Namun begitu, jika anda mempunyai kedai online di My1Stop tetapi gagal menjumpai kedai anda di dalam carian, jangan gusar ... masih ada yang anda boleh lakukan untuk perbaiki kedudukan anda di Google Search tanpa perlu melakukan sebarang kerja2 pengaturcaraan/ (programming). Anda hanya perlu tahu beberapa tips untuk melonjakkan SEO kedai anda sendiri, agar mampu mengatasi saingan lain termasuk saingan sesama kedai di My1Stop sendiri!

Apakah tipsnya? Baca artikel "Bagaimana untuk Meningkatkan Jualan Anda Menerusi Kedai Anda di My1Stop" untuk bukan sahaja tip perbaiki SEO e-store anda, malah pelbagai lagi tips meningkatkan jualan anda menerusi e-store anda di My1Stop.


Anda juga dijemput hadiri Workshop My1Stop untuk lebih banyak tips oleh My1Stop Crew, juga usahawan-usahawan My1Stop yang lain.
 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More