Bagaimana untuk Meningkatkan Jualan Anda Menerusi Kedai Anda di My1Stop

Thursday, June 3, 2010

Kerap saya ditanyakan soalan di atas … Hakikatnya, memang ada e-store yang mencapai jualan yang memberangsangkan manakala ada yang tidak. Yang jualannya kurang baik, mereka tertanya-tanya … apa puncanya? Saya ada membuat perbandingan antara e-store dan sedikit research tentang hal ini. Jadi bacalah selanjutnya untuk tahu kunci-kunci kejayaan sesebuah e-store di My1Stop …

Apabila jualan & sambutan kurang baik, ada juga yang menyalahkan My1Stop kerana tidak membawa pelanggan kepada mereka sebagaimana yang mereka harapkan. Realitinya, tanggungjawab terhadap produk/perkhidmatan dan pemasaran adalah di bahu peniaga itu sendiri. Jika anda buka kedai fizikal dan kemudian tidur di dalam kedai itu sambil menunggu kot-kot ada pelanggan yang akan datang, pastinya sambutan terhadap kedai anda tidak memberangsangkan sebagaimana kedai sebelah (contohnya) yang membuka kedai, mengedarkan risalah-risalah, membuat iklan dan mempromosi produk-produk secara agresif ... bukankah begitu?

Apabila anda membuka e-store di My1Stop, janganlah anda pisahkan adat berniaga di alam sebenar/fizikal dengan berniaga di alam siber/virtual – anda tetap sedang menjalankan perniagaan. Jika anda menyalahkan MidValley Mega Mall di atas kegagalan perniagaan kedai anda di sana … pastinya ia sesuatu yang tidak wajar.

My1Stop telahpun sediakan sistem pengurusan perniagaan dan pemasaran yang efisien untuk memudahkan anda. Lebih menarik, My1Stop turut membantu di dalam mempromosi produk peniaga melalui newsletter item terkini kepada ribuan pelanggan My1Stop, sistem RSS Feed yang boleh dipaparkan di blog, browser, malah Wall Facebook, selain promosi oleh My1Stop Crew sendiri. Buktinya, ada e-store yang menerima tempahan online setiap hari, transaksi online menerusi e-store (kad kredit & perbankan online) bernilai ribuan RM ... belum lagi dikira belian yang dibuat secara terus kepada peniaga. Jadi bagi e-store yang kurang jualannya, di manakah silapnya?  

Adakah ia masalah dengan produk? Adakah ia masalah penyampaian mesej anda kepada pelanggan tentang produk atau perkhidmatan anda? Adakah persaingan di internet terlalu sengit dan usaha pemasaran ala kadar sahaja belum cukup?

Apabila membuka kedai di mana-mana platform di internet sekalipun, perkara pertama yang harus dikaji peniaga ialah apakah kelebihan & keunikan platform tersebut dan bagaimana peniaga boleh mengambil kesempatan di atas kelebihan tadi. Keunikan membuka kedai di My1Stop (antara lain) ialah tools pemasaran yang disediakan, selain bantuan pemasaran oleh My1Stop sendiri. Perlu diingat, bantuan pemasaran oleh sistem My1Stop & oleh My1Stop Crew sendiri adalah secara rawak & tidak mengkhusus kepada mana2 peniaga. Untuk anda melonjakkan jualan anda, pastinya anda (yang paling arif tentang perniagaan anda) sahaja yang mampu membuat pemasaran secara lebih berkesan.

Berikut ialah kunci kejayaan perniagaan anda menerusi kedai anda di My1Stop:

Faktor Luaran:

  • Produk/Perkhidmatan yang bagus
  • Harga yang munasabah
  • Khidmat penghantaran yang memuaskan
  • Rezeki ... :)

Faktor My1Stop:

  1. GAMBAR PRODUK YANG TERBAIK

    Gunakan gambar produk yang catchy, terutama bagi gambar utama - gambar ini akan terpampang di dalam newsletter, di RSS feed pelanggan2, juga di blog2 yang menggunakan widget My1Stop ... biar saiznya tidak terlalu kecil untuk kepuasan pelanggan. Gambar yang menarik (haruslah gambar produk sebenar atau sekurang2nya berkaitan) mampu meningkatkan kebangkalian klik pembeli terhadap produk tersebut berbanding produk2 lain. Berikan juga gambar2 dari pelbagai sisi untuk slideshow agar pelanggan anda lebih yakin dengan apa yang mereka bakal beli. Kurang keraguan pelanggan bermakna lebih potensi jualan.


  2. MAKLUMAT PRODUK YANG JELAS & LENGKAP

    Berikan maklumat item (item description) yang komprehensif - lengkap dengan ciri-ciri item seperti saiz sebenar, pilihan warna, kelebihan item, testimoni, video jika ada ... lebih banyak maklumat, lebih arif pembeli terhadap apa yang bakal mereka beli (kurang keraguan pelanggan bermakna lebih potensi jualan). Lebih penting lagi, anda menambah kebarangkalian enjin carian menemui item anda (akan diterangkan di Bahagian 8).


  3. PEMASARAN E-MAIL SECARA PERIODIK

    Menghantar email mengandungi katalog anda (menggunakan Template Katalog e-store anda) kepada pelanggan dan kenalan secara periodik (dari masa ke semasa secara berkala). Anda tidak lagi perlu upload & attach setiap gambar ke dalam mesej email, sebaliknya semuanya tersedia di dalam format yang teratur untuk anda Copy&Paste ke dalam ruangan mesej email. Hantar secara berkala, mungkin seminggu sekali - terlalu kerap & anda mungkin terpaksa menanggung risiko dicap sebagai spammer! Baca lebih lanjut mengenai pemasaran e-mel di sini.


  4. TONJOLKAN KEWUJUDAN ANDA MELALUI INTERAKSI

    Gunakan message board dan chatbox e-store anda untuk berkomunikasi dengan pelangan anda. Setiap posting boleh dilihat oleh pelanggan2 lain yang menjenguk masuk ke e-store anda ... ia memberi impression bahawa anda 'wujud' & menjaga kedai anda. Lazimnya pembeli takut-takut untuk membeli daripada peniaga yang senyap dan tidak aktif ... mereka khuatir, "Ada ke tokey kedai ni?" ... Apabila terdapat beberapa peniaga yang menjual produk yang sama, selain faktor harga ... pastinya customer service menentukan peniaga mana yang berjaya mendapat jualan.


  5. MEMBERI PELANGGAN ALTERNATIF BELIAN PELBAGAI CARA YANG MUDAH

    Bagi peniaga yang pernah berniaga di blog, facebook mahupun di forum, anda pasti menyedari kekurangan sistem yang ada bagi menampung keperluan proses tempahan online, dan lebih penting lagi proses pembayaran online yang selamat. Dengan membuka kedai di My1Stop, anda mempunyai sistem troli belian (bagi pakej PERCUMA) DAN sistem pembayaran online yang menerima pembayaran menggunakan kad kredit (TANPA perlu membuka Merchant Account sendiri yg costly) dan perbankan online mudah (terus dari kedai & lengkap dengan archive & reporting) dengan bank2 tempatan (bagi pakej BERBAYAR). Fraud-checking turut diuruskan My1Stop bagi pihak anda agar anda tidak perlu risau jika pembelian tersebut telus/genuine atau tidak. My1Stop juga TIDAK caj sebarang peratus daripada jumlah tempahan ke atas peniaga.

    Ini bermakna, anda kini meluaskan lagi skop pasaran anda kerana mampu menerima bayaran daripada pelanggan dari dalam & luar negara, termasuk Brunei, Australia, UK dan US. Jadi, penting untuk anda nyatakan dengan jelas kepada pelanggan2 anda tentang alternatif pembayaran mudah ini untuk tidak kehilangan potensi pelanggan anda.

    (1) Bagi yang ada blog atau laman web sendiri, anda boleh memaparkan produk-produk anda secara dinamik di sana dengan menggunakan Widget Katalog e-store anda. Jika anda tambah, kemaskini atau delete produk di dalam e-store My1Stop anda, ia akan reflect secara realtime pada blog anda.

    (2) Bagi pengguna forum pula, anda boleh Copy&Paste kod dari e-store anda untuk memaparkan gambar produk beserta link untuk membeli online (dihasilkan secara dinamik oleh sistem My1Stop).

    (3) Peniaga di Facebook pula boleh memaparkan katalog terkini mereka menggunakan RSS Feed e-store mereka + aplikasi RSS Feed Facebook, selain share link produk & kedai menggunakan sharing tools yang disediakan.


    Pelanggan anda hanya perlu klik gambar/link yang dihasilkan oleh sistem My1Stop tersebut & boleh terus membuat tempahan & bayar secara online.

    Anda juga boleh meletakkan link e-store anda di dalam signature/footer email dan posting forum, juga di dalam kad perniagaan dan flier anda.


  6. MENJEMPUT PELANGGAN KE KEDAI ANDA SECARA MASS, TANPA MELANGGAR ETIKA

    Gunakanlah sistem Invite-to-Store My1Stop, walaupun anda mengambil pakej PERCUMA! Anda hanya perlu membuat senarai e-mel prospek anda (tidak mengapa jika mengambil masa pada peringkat ini) & buat beberapa kumpulan e-mel agar setiap senarai tidak terlalu besar (jangan melebihi 3 ribu e-mel di dlm satu2 senarai ... nanti hang!). Tapi pastikan anda hantar kepada mereka yang berkenaan sahaja kerana My1Stop tidak menggalakkan spamming :) ... kelebihan menggunakan sistem Inviter My1Stop ini ialah e-mel yang anda hantar itu dihantar ONE-TO-ONE, seolah2 dihantar secara peribadi dari anda kepada satu2 pelanggan. Cara ini juga menghormati pelanggan anda dengan TIDAK mendedahkan alamat2 e-mel pelanggan2 lain (unsur spamming yang amat dibenci pengguna internet).


  7. MENGAPLIKASI TIPS SEO PADA E-STORE ANDA

    Tahukah anda bahawa e-store anda diprogramkan untuk mesra-SEO? Namun begitu, anda masih boleh melonjakkan lagi SEO e-store anda agar produk & e-store anda lebih mudah dijumpai di dalam keputusan carian seperti Google Search atau Yahoo Search. Anda tidak perlu tahu programming untuk ini. Tips SEO untuk e-store anda:-

    (1) Item Name sebaik2nya NAMA produk/servis anda (apakah ia ... Wallpaper? Tudung? Jubah?) dan bukan sekadar nombor kod barang! Ia merugikan anda kerana nama seperti 'Tudung Ekin' akan membantu SEO anda, dan bukannya TE1234.

    (2) Beri Item Description yang cukup detail yang boleh dijejak enjin carian - elakkan hanya meletakkan gambar dan video semata-mata (tiada teks). Anda rugi dari segi bilangan keyword yang membantu anda dijumpai di Google jika Item Description hanya mengandungi sebaris dua ayat.

    (3) Tulis ringkasan mengenai perniagaan anda yang komprehensif di ruangan Welcome Note e-store anda. Gunakan keyword2 yang tepat menggambarkan perniagaan anda beserta keyword2 'panas' yang sering digunakan oleh Googlers seperti 'murah', 'buy online', 'mudah', 'terkini', dan sebagainya. Pastikan anda tidak 'terlalu mencuba' untuk mengelakkan daripada dipenalize oleh Google. Lebih baik untuk kekalkan Welcome Note anda dalam lingkungan 100 characters.

    (4) Tahukah anda ruangan Message Board anda telah dibina agar mudah dijejak enjin carian? Statistik kami telah membuktikan banyak kemasukan dari carian Google datangnya dari post2 message board e-store2 di My1Stop. Jadi gunakan peluang ini sehabis baik dan post artikel2 berguna seperti testimonial, maklumat berguna yang berkaitan produk/servis anda (soft-selling) dan berita terkini anda dari masa ke semasa di Message Board anda. Feature ini disediakan untuk SEMUA pakej e-store kami :)


  8. JAGA KEDAI ANDA!

    Ada juga peniaga yang telah menerima tempahan atau posting mesej daripada pembeli tetapi senyap seribu bahasa ... apabila diselidik ... rupanya mereka tidak periksa email dan tidak tahu-menahu bahawa mereka menerima pelanggan ... hrm ... musykil saya ... nak berniaga ke tidak ni? Jangan hilang pelanggan kepada peniaga lain yang lebih aktif menjaga kedai mereka ;)


  9. E-STORE ANDA SEBAGAI TERMINAL KAD KREDIT

    Jika anda mempunyai kedai fizikal, gunakan E-Store My1Stop anda sebagai terminal kad kredit untuk pelanggan (yang datang ke kedai fizikal anda) bayar menggunakan kad kredit. Buka saja PC atau laptop di counter kedai. Bayangkan … dengan hanya membayar yuran tahunan yang amat rendah bagi memiliki e-store My1Stop, anda sudah mempunyai terminal kad kredit sendiri (yang sebenarnya sangat mahal untuk diset-up di kedai fizikal anda secara konvensional)!

Pendek kata ... berniaga di My1Stop Virtual Shopping Mall ni, umpamanya berniaga di kompleks membeli-belah sebenar ... tidak banyak bezanya. Anda masih perlu berusaha walaupun banyak perkara telah dipermudahkan bagi anda. Cuma dengan membuka kedai di My1Stop, anda mendapat pelbagai kelebihan tools yang memudahkan perniagaan di internet. Tips saya, gunakanlah sehabis baik features e-store anda dan amalkanlah adat & etika berniaga sebagaimana di dunia fizikal ... kerana berniaga online itu tetap BERNIAGA.

Selamat maju jaya semua peniaga e-store My1Stop :)

Artikel dikemaskini daripada artikel asal versi Bahasa Inggeris @ Cwynire

1 comment

  1. Boleh percaya 100% penghantaran akn dibuat selepas duit di bank in. Kalau barang x sampai boleh buat claim tak?

    ReplyDelete

 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More