Mengapa Usahawan Wajar Membuka Cawangan di Kompleks Membeli-Belah My1Stop?

Thursday, February 17, 2011

Anda sudah memiliki laman web perniagaan sendiri? Adakah anda sedang bergelut sendirian untuk mempromosi laman web anda dan mendapatkan jualan? Saya mencadangkan para peniaga online untuk membuka cawangan perniagaan mereka di My1Stop.My bagi membantu perniagaan anda. Ini kerana anda tidak mahu hanya menerima kunjungan daripada pelanggan yang mencari anda semata-mata, tetapi anda sepatutnya merebut peluang daripada himpunan online shoppers.

Apabila pelanggan ingin mencari langsir baru, pasti mereka memilih untuk menikmati keseronokan membeli-belah di Kamdar yang terletak di dalam sesebuah kompleks membeli-belah, dan seterusnya shopping dari Kamdar, ke Jusco, ke Guardian & singgah pula di MPH untuk membeli buku, berbanding ke Kamdar yang standalone di tepi jalan. Anda perlu tempatkan perniagaan anda di tempat tumpuan sebegini dan tidak hadkan kewujudan perniagaan anda di ‘headquarters’ anda semata-mata. Lihat sahaja bagaimana Jaya Jusco yang sudah gah dengan bangunannya sendiri, masih mempunyai cawangan di pelbagai kompleks membeli-belah termasuk MidValley dan One Utama bagi merebut segmen pasaran yang berbeza-beza.

My1Stop merupakan sebuah kompleks membeli-belah tetapi di internet. My1Stop kini menerima lebih 40 juta hit sebulan dan lebih 100 ribu pelawat sebulan yang mempunyai pilihan ribuan produk dan perkhidmatan daripada peniaga-peniaga dari serata Malaysia. Dengan membuka cawangan anda di sini, anda mendapat pasaran pelanggan sejurus membuka kedai di My1Stop, di mana peniaga lain berpotensi menjadi pelanggan anda.

My1Stop tidak sekadar menawarkan pasaran pelanggan yang luas. Kemudahan berniaga di My1Stop menjadikan ia platform paling sesuai untuk mana-mana usahawan mula berniaga secara efisien dan bijak tanpa perlu memiliki laman web sendiri. Ini kerana My1Stop menawarkan kelengkapan perniagaan online paling lengkap, termasuk sistem pembayaran online, sistem pengurusan katalog, sistem pengurusan tempahan dan pelanggan, SEO, statistik, juga sistem pemasaran online sendiri. Hal ini dapat memudahkan peniaga untuk menguruskan sendiri perniagaan dari SATU platform. Malah pengurusan perniagaan di My1Stop lebih efisien berbanding perniagaan di blog mahupun Facebook. Anda tidak lagi perlu memilih antara kecanggihan sistem e-commerce dengan kelebihan pasaran & pemasaran ... anda boleh miliki kedua-duanya serentak! Untuk keterangan lanjut, sila klik http://www.my1stop.com.my/v2/mall/index.php?selling=about.

Selain itu, My1Stop Crew turut mempromosikan perniagaan anda di pelbagai laman sosial seperti Facebook dan Twitter bagi membantu terutama usahawan-usahawan baru. Program Affiliate My1Stop yang menggalakkan affiliate mempromosi katalog peniaga-peniaga My1Stop turut membantu menambah kakitangan pemasaran anda. Bahkan jika anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh segera merujuk kepada mana-mana kru My1Stop.My untuk bantuan segera.

Beroperasi sejak Januari 2006, My1Stop telah membantu usahawan-usahawan memajukan perniagaan mereka, baik usahawan yang bermula dari  platform online, mahupun dari platform fizikal, usahawan baru dan lama, tua dan muda, part-time dan full-time. Malah, salah seorang peniaga kami telah berjaya memperolehi nilai tempahan sebanyak lebih RM27 000 hanya selepas 2 bulan membuka e-store Business di My1Stop.My. Baca mengenai kejayaan Faheem Wardrobe di sini http://www.faheemwardrobe.com/2011/02/announcement-fw-featured-in-usahawan.html#axzz1E6PipprH. Anda boleh membaca maklumbalas peniaga-peniaga di bawah My1Stop di http://www.facebook.com/my1stop.my?sk=app_6261817190.

Anda sudah memiliki cawangan perniagaan anda di My1Stop?
 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More