Pertandingan Perniagaan Online Antara Institusi Pendidikan MARA (PPOL2012)

Friday, February 3, 2012

Satu pertandingan perniagaan online antara Institusi Pendidikan MARA (PPOL2012) sedang berlangsung di http://www.my1stop.com.my. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Keusahawanan Siswa, Universiti Kuala Lumpur (Centre for Student Entrepreneurship, UniKL) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan merupakan pertandingan perniagaan online pertama seumpamanya di Malaysia. My1Stop Virtual Shopping Mall berbesar hati dilantik sebagai penyedia platform perniagaan online (online store provider) untuk setiap pasukan yang bertanding.

Sebanyak 87 pasukan sedang berentap sejak 28 Januari 2012 sehinggalah tarikh tamat pertandingan iaitu pada 19 Februari 2012 bagi merebut pencapaian keuntungan dan jualan tertinggi. Hadiah yang ditawarkan pihak penganjur adalah seperti berikut:


HADIAH PERTANDINGAN

KATOGERI A: UNTUNG TERTINGGI JUALAN

JOHAN : RM5,000.00 + Keuntungan
N.JOHAN : RM3,000.00 + Keuntungan
KETIGA : RM1,500.00 + Keuntungan
KEEMPAT HINGGA KE SEPULUH SAGUHATI : RM500.00 + Keuntungan.

KATOGERI B: JUALAN TERTINGGI

JOHAN : RM5,000.00 + Keuntungan
N.JOHAN : RM3,000.00 + Keuntungan
KETIGA : RM1,500.00 + Keuntungan
KEEMPAT HINGGA KE SEPULUH SAGUHATI : RM500.00 + Keuntungan

Layari http://www.my1stop.com.my sekarang untuk menyaksikan persaingan sengit PPOL2012 secara 'realtime' dan jangan lupa memberi sokongan kepada pasukan-pasukan yang bertanding!


Maklumat lanjut PPOL2012: http://www.cseunikl.com/?page_id=351
Laman Facebook PPOL2012: http://www.facebook.com/ppolipma
Laman Facebook My1Stop.my: http://www.facebook.com/my1stop.my

1 comment

 

ON FACEBOOK

ON TWITTER

Popular Posts

Store Packages & More